Friday, October 21, 2011

Khazanah Emas Di Belakang Rumah - Kacang Kelor (Murungakai/Murungey/Moringa Oleifera Pods)

Saya sangat bertuah kadang-kadang saya tidak sedar bertapa bertuahnya saya. Salah satu perkara yang menyebabkan saya rasa bertuah adalah mak aji jiran sebelah rumah saya yang sangat baik hati. Belakang rumah kami di tengah-tengah ada pokok kelor - kacang dia banyak sangat. Selalu kalau mintak kat mak aji, dia kata "ambik je lar Farah, tak payah tanya-tanya" - mintak daun kari dia yang besor tu pun dia cakap benda yang sama.

anak bertuah saya dan hasil beberapa hari lepas untuk masak kari 

Hasil "tuaian" hari ini - mewah kan? Percuma terbaik dari ladang

Pernah dengar tak pokok kelor?? Aaa orang India panggil murungakai. Memang sedap buat masak kari dan lemak cili api. Baru-baru ini cuba resipi masak asam rebus macam asam rebus batang keladi tu pun sedap gile.

kari ikan gelama dan kacang kelor (murungakai)

Masak Asam Rebus Kacang Kelor/Murungakai

Daun dia saya belum pernah masak lagi, tapi dah jumpa resipi kat sini - Sayur Jukut Daun Kelor. Macam urap la juga rupanya.

http://lakehavensdiary.blogspot.com/2010/03/sayur-jukut-daun-kelor.html

Masak macam pokok turi pun boleh rupanya - va va va
Tapi kenapa nak over excited pasal pokok ni pulak?

Pokok Moringa atau kelor kaya dengan nutrien, dan kebanyakan bahagian-bahagian pokok ini semuanya boleh digunakan. Manfaat Moringa ini berbeza-beza mengikut bahagian pokok yang digunakan. Kacang Moringa oleifera adalah antara buah yang paling penting dan digunakan secara meluas dari semua bahagian pokok. Buahnya sangat berkhasiat, mengandungi asid amino penting, menjadi sumber protein kebanyakan vitamin, mineral, ko-enzim, dan antioksidan yang lengkap

Kacang yang sudah saya potong buat masak

Bagaimana Moringa oleifera boleh memberi manfaat kepada anda?

Bermacam-macam :

How can Moringa oleifera benefit you?

The possibilities are endless. Here are just a few of the many real benefits people discover when taking Moringa oleifera:
Increased physical energy - Tune your body up with naturally occurring nutrients to make your energy last longer
Mental and emotional balance - Moringa oleifera's amazingly powerful nutrient compounds help restore stability to the chemicals that govern our thoughts and emotions. You have to experience it to appreciate it!
Faster recovery - Moringa oleifera's complete amino profile, along with dozens of vitamins and minerals, makes it a perfect recovery food after grueling workouts and physical strain.
Healthy blood sugar levels - antioxidants and unique regulating compounds help control blood sugar and keep the blood free of unhealthy substances. (http://www.moringasource.com/moringa-benefits.php)
Tapi yang paling menarik for me ialah :
Nutrient-dense mother's milk - Increased iron, potassium, Vitamins A, B, C, E, and dozens of other important nutrients are all readily absorbed from Moringa oleifera and transferred from mother's milk to the growing newborn. No wonder Moringa is called 'Mother's Best Friend' in cultures across Africa! (http://www.moringasource.com/moringa-benefits.php)
Moringa Oleifera mengandungi nutrien yang berharga untuk ibu yang menyusu, dan secara tradisi dikenali untuk membantu menyokong pengeluaran susu ibu.Zat Besi, protein, vitamin dan semua 9 asid amino yang hadir dalam daun Moringa menjadikan ia suplemen pemakanan yang ideal bagi semua peringkat umur. Moringa kaya dengan banyak vitamin, terutamanya dalam vitamin C, provitamin A (beta-karoten) Vitamin B1 dan E.

Tak payah la kan nak susah-susah beli serbuk dia dah ada yang ORGANIK lagi bagus dan berkhasiat!


Ha Ha Ha - tu la kan, ada KHAZANAH EMAS belakang rumah tapi tak sedor pun :P

pohon dan buah sudah tua di belakang rumah saya

OK siapa interested nak tahu camne nak masak kacang kelor rebus asam, sila ke sini *wink*

Thursday, October 20, 2011

Nauzubillah min zalik

Rata-rata semua pasti sedar, dua tiga hari ini, di Facebook, di blog macam-macam cerita yang tidak masuk akal seolah-olah dunia sudah tidak lagi siuman.

Anak kecil Yue Yue digilis dan dilanggar seperti "roadkill" atau bangkai jalanraya di China...

Itu China...kita pula, bayi dikelar-kelar macam daging korban

Nauzubillah min zalik...

Sesungguhnya hati saya cukup gusar 3 hari ini sejak kedua-dua berita itu dikhabarkan. "Sayap" saya tidak cukup besar untuk memastikan Aliya, Syasya dan Mimi selalu dilindungi dari segala malapetaka. Ciuman tidak pernah lekang dari bibir saya ke pipi dan dahi mereka.

What is the world becoming? I am just a Stay At Home Mom. Sungguh kerdil rasa diri ini...

Nauzubillah min zalik...

Inilah yang dinamakan the ''degradation of morality and lack of integrity''. Ramai yang tidak sedar bahawa Perdana Menteri Wen Jiabao baru-baru ini telah berucap menunjukkan bahawa kemerosotan moral dan integriti dalam masyarakat telah menjadi masalah yang serius dan ini akan menjejaskan kebangkitan negara China akhirnya. "Sebuah negara tanpa kualiti yang bertambah baik pada rakyat dan nilai moral mereka tidak akan berkembang menjadi kuasa sebenar yang gagah perkasa dan dihormati," katanya.

Wen memberi contoh-contoh seperti berlambaknya skandal keselamatan yang dilaporkan secara meluas dalam makanan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebagai contoh degradasi moral rakyatnya.

Ini termasuk formula bayi dicemari melamin, daging babi yang tercemar clenbuterol, penggunaan minyak yang berleluasa yang diperolehi dari saliran memasak restoran-restoran (minyak terpakai), dan baru-baru ini ditemui pau yang dicelup dengan bahan-bahan kimia yang tidak dikenali (supaya mereka akan kelihatan seperti yang diperbuat daripada campuran tepung gandum dan tepung jagung. Ini kerana tepung-tepung tersebut terlalu mahal untuk digunakan).

''Contoh-contoh insiden keselamatan makanan yang membimbangkan ini telah menunjukkan keadaan kemusnahan moral dan kehilangan integriti,'' beliau berkata dalam satu mesyuarat ahli-ahli Counselors' Office and the Central Research Institute of Culture and History (CRICH), dua badan penasihat kepada kabinet China. Ucapan Wen telah dilaporkan oleh Agensi Berita Xinhua.

Ini bukanlah kali pertama Wen telah menyentuh kehilangan moral dan integriti dalam masyarakat negara China. Pada bulan Mac 2011, beliau secara tidak langsung menyalahkan ketamakan pemaju hartanah kerana menyebabkan harga perumahan melonjak, mengatakan bahawa "apa yang mengalir dalam urat-urat seorang usahawan perlu darah moral''.

Bagaimana untuk China melakukan perubahan ini? Wen memanggil untuk pertama kalinya, meningkatkan kebebasan bersuara. Beliau berkata "kerajaan akan mewujudkan syarat-syarat yang menggalakkan orang ramai untuk bercakap benar.''Bagaimanapun, Wen tidak pun menawarkan langkah-langkah konkrit ke arah matlamat ini, seperti dalam panggilan diulangi untuk saranan reformasi politiknya sebelum ini.

Ini menunjukkan Wen tidak berdaya dalam menangani masalah-masalah berduri dalam daging negara ini walaupun beliau adalah ketua kerajaan China dan pemimpin nombor 3 dalam hierarki Parti Komunis China (PKC). Tanpa perubahan-perubahan asas dalam sistem politik-sosial yang sedia ada, adalah mustahil untuk China mempunyai kebebasan sebenar bagi pembinaan semula moral dan integriti. Rupa-rupanya, kepimpinan PKC kolektif masih belum mencapai kata sepakat untuk membuat perubahan itu, yang mana akhirnya dalam jangkamasa panjang ini boleh menamatkan monopoli kuasa politik mereka.

Kemerosotan moral dan kehilangan integriti adalah hasil daripada "past three decades of economic reform and opening up". Untuk membuka jalan kepada pembaharuan ekonomi kapitalis terbuka, Deng Xiaoping telah meninggalkan Marxsisme ortodoks dan Maoisme. Namun Deng, tidaklah seperti Mao, beliau bukan seorang pemikir yang hebat tetapi pragmatis, seperti yang ditunjukkan oleh kata-kata "hikmahnya" seperti ''Tak kisahlah kucing hitam atau putih, selagi kerana ia boleh menangkap tikus". Oleh itu, beliau tidak menawarkan apa-apa ideologi baru untuk negara. Vakum "ideologi" itu menyebabkan krisis yang melanda moral dan integriti rakyatnya sekarang.

Pengganti Deng Jiang Zemin dan Presiden Hu Jintao kedua-duanya cuba menggalakkan pemulihan Konfusianisme dengan harapan bahawa ia boleh membantu mengisi kekosongan''vakum ideologi'' tersebut. Tetapi setakat ini, usaha ini nampaknya tidak berjaya, sebahagian besarnya kerana CCP atau Parti Komunis, untuk kekal sebagai pemerintahan, masih perlu berpegang kepada "Marxsisme dan sosialisme" - walaupun hanya pada nama. Oleh itu, apabila anggota Parti Komunis dan Cina masih menabur janji berbau-bau sosialisme, bagaimana Konfusianisme atau ideologi lain boleh berakar umbi di negara ini? Selain itu juga, sebagai badan ateis, PKC mengenakan sekatan ke atas kebebasan beragama.

Tanpa sifat kerohanian, negara China telah cepat belajar untuk "menyembah wang". Dan tanpa kerohanian, tidak ada kekangan moral pada mereka yang mengejar wang. Hasilnya, "kata-kata hikmah" kucing dan tikus Deng seolah-olah dijadikan "Tak kira sama ada kaedah moral atau tidak, selagi ia membantu menjana wang.''Akibatnya, aktiviti-aktiviti komersial yang tidak menentu dan menyalahi undang-undang telah menjadi semakin berleluasa dalam dekad tiga tahun ini - penipuan, atau pengeluaran barang-barang palsu - anda sebut apa sahaja. Sehinggakan bahawa beberapa pengkritik yang sinis telah berubah lirik dalam lagu kebangsaan negara China dari "negara China pada masa yang paling kritikal (semasa penjajahan Jepun)" kepada "bangsa Cina pada masa yang paling kritikal yang paling tidak bermoral.''

Sehinggakan ramai cendekiawan di serata negara China khuatir bahawa negara mereka berada dalam bahaya kehilangan moral yang amat dasyat. Dalam hal ini, Wen amat tepat dalam mengatakan bahawa "Sebuah negara tanpa kualiti yang bertambah baik pada rakyat dan nilai moral mereka tidak akan berkembang menjadi kuasa sebenar yang gagah perkasa dan dihormati,". Dari perspektif ini, negara China masih jauh ketinggalan untuk bangkit sebagai kuasa dunia yang sebenarnya.

Untuk memulihkan krisis sosial dan integriti mereka, China perlu pertamanya menyelesaikan krisis kerohanian mereka. Untuk menyelesaikan krisis ini, ideologi baru mesti diwujudkan untuk mengisi "vakum" atau kekosongan tersebut

Seorang ahli sains Cina yang terkenal pernah mengeluh "Mengapa China tiada saintis atau pencipta yang hebat, walaupun menikmati kemajuan ekonomi yang sangat ajaib?".

Seseorang juga boleh berkata China kini memerlukan beberapa pemikir yang hebat untuk menghasilkan ideologi baru. Tetapi saya fikir bagaimana pemikir yang hebat besar boleh dilahirkan di negara ini, jika rakyatnya boleh didenda atau dipenjarakan hanya kerana membantu mangsa kemalangan atau lebih teruk sekali, menggilis si manja seperti bangkai sehingga begini rupa...


Adik Yue Yue dilaporkan kini setelah berada dalam koma dan kematian otak - telah meninggal dunia (sumber di sini)

"Nauzubillah min zalik" is commonly used to say "May Allah protect us from that (in case of harm)".

Monday, October 17, 2011

Musang Berjanggut

Tak pasti berapa kali Mama saya suka bercerita pasal hikayat ni, tapi setelah saya dewasa baru saya faham apa yang hendak Mama saya sampaikan.

Masih ingat lagi ceritanya? Ini part favourite saya...
Sebelum meninggalkan Pura Cendana untuk pergi mengembara mencari perempuan, Tun Nila Utama meminta emaknya mencampuradukkan – beras, bawang putih, cili kering, garam, bawang dan sebagainya kemudian dimasukkan ke dalam uncang. Apabila emaknya bertanya kenapa barang-barang tersebut dicampuradukkan, Tun Nila Utama menjawab: "Supaya senang mencari perbezaan antar perempuan dengan betina". Disamping itu Tun Nila bersumpah, katanya: "Kalau ada salah seorang perempuan yang sanggup memasak barang-barang ini dengan sempurna orang itulah akan menjadi pilihanku. Tetapi kalau tidak, ku haramkan mencukur sebarang rambut yang tumbuh diwajahku. Dan aku tidak akan pulang lagi ke Pura Cendana".
Walaupun dalam kehidupan saya sebagai seorang surirumah, tak ada pula lah suami balik bawak karung macam itu, hehehe tapi kadang-kadang ada waktunya terpaksa memerah otak juga bila bab memasak ini. Contohnya Ahad lepas. Anak sulung selepas subuh lagi sudah merengek bertanya buat cucur tak pagi ini. Saya terus turun ke bawah dan lihat stok barang. Hurmmm ikan bilis habis - nak kejut suami ke kedai depan semata-mata amatlah tidak berpatutan. Langsung tau apa saya buat?


Siapa teka boleh dapat 100 markah hehehe....
dan tak saya tak goreng keropok ni....


ye...saya kisar huhuhu. Lepas tu saya campurkan bahan menjadi...



Ye...pagi tu anak saya dapat makan cucur kentang keropok ikan hasil kreativiti saya. Resipi di sini : Cucur Keropok Ikan

Moral of the story : Jangan pasrah pada keadaan. Kita kena sekali-sekala menjadi pelopor pada perubahan. Kalau tidak, kita tidak akan berubah dari takuk lama...dan tidak akan mencium kejayaan.

Doa Hilang Barang : Tak Sampai Sehari Dah Jumpa



Ini cerita Jumaat lepas. Bangun pagi berkobar-kobar nak update blog-blog yang ada. Since masak pun ala kadar sekali campak harung je (bubur lambuk).

Tapi macam itulah kehidupan. Manusia hanya mampu merancang dan Allah swt sahaja yang menentukan. Selepas mandikan Mimi, ternampak kad bank yang ada di luar beg. Bila nak masukkan balik dalam beg, tengok-tengok IC dah hilang. Waaaaaaaaaaaaaaa nak meraung tapi senyum kelat je kat Mimi. Dalam hati tak nak panik walaupun dah tau kalau betul-betul hilang RM110 melayang nanti...itupun kalau takde record dulu pernah hilang sekali (masa belajar kat PPP/ITM) tapi tu sebelum tukar yang kad ada chip ni. Kalau takdir diaorang ada record tu...waaaaaaaaaaaaaaaaaa RM210 melayang. Haruslah DH marah berapi-api nanti. Dahlah kita ni duduk rumah jer huhuhu

So nak tak nak satu pagi tu seluruh rumah digeledah. Dah geledah nampak semak, hangkut plak satu beg plastik dengan vaacum. Dah cam ammah propel plak atas bawah saya kemas. Syasya dan Mimi pun pelik apasal mama dia extra rajin hari ini.

Dalam sibuk mencari tu jumpa jugak macam-macam - usb blue tooth yang dah 3 bulan hilang (yiiikkk!!) board books Mimi yang kecik-kecik (jatuh tepi katil) mainan Syasya dua tiga, kain baju kurung putih (sebab dah terlipat dengan baju-baju lama yang tak dipakai), hari tu punyalah kelam kabut semasa my arwah aunt meninggal...baju ada tapi ingat tak nak pakai kain batik nak pakai kain dia, tapi tak ingat letak mana.

Yang paling kelakar siap tunjuk gambar IC Mr. Bean kat Google dan tanya Syasya "ada ambik tak kad mama ni???"

Habis ikhtiar tengok jam dah 11.30am. Masak pun tak lagi. BBM DH cakap apa dah jadi. Dia pesan, slow slow la kita cari Insya Allah ada. Rasa nak menangis, meraung pun ada - tapi bila tengok muka Mimi jatuh kesian pulak. So muhasabah diri -
  • buat apa menangis, anak-anak masih ada depan mata, I should be spending more time with them daripada dok kalut pasal "benda". 
  • buat apa menangis, rezeki itu Allah swt berikan. Kalau takdir IC itu hilang betul-betul dan kena "part" with RM100, kena muhasabah mesti ada something yang kita buat yang Allah swt suruh part with the RM100
  • buat apa menangis, dalam mencari benda yang hilang tu dah jumpa macam-macam. Siap collect syilling orang rumah ni buang merata-rata (ada la dalam RM2 boleh masuk tabung ayam :P)
  • I totally ignored my two kids, sedangkan I should spend lebih banyak masa dari panik kalut tak tentu hala
Last-last I duduk depan pc dan google "Doa Hilang Barang " terjumpa Doa yang kak Nashita letak kat blog dia :
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"
Saya  baca berulang kali sambil muhasabah diri dan ingat mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Saya BBM balik DH dan kata :

"Nanti masa you balik ambik Aliya tolong jenguk2 belakang kereta sama. Last time I nampak my IC was in m y bag masa nak pergi Klinik last Saturday. I nak stop cari dulu dan nak masak. Mata pun dah start merah gatal-gatal kena habuk. Kalau belakang kereta pun tak ada, kita tawakal dan doa sahajalah dan slow slow lagi cari nanti"

Tak sampai 15 minit lepas tu DH BBM:
"Dah jumpa IC belakang keta"

Masa baca tu terus sujud syukur. Dan bila DH balik, dia tunjuk IC tu ada dalam purse kelabu kecik berisi 4 keping RM1. Purse tu kepunyaan Syasya.

"Dia bawak masa ikut pergi kedai semalam..."

Macam tak percaya bila baca doa tu, terus teringat pasal kejadian pergi ke klinik dan belakang kereta DH. Tapi saya yakin, baca doa itu kena dengan rasa muhasabah diri dan percaya mesti ada hikmah disebalik kejadian. Dan kena yakin bahawasanya Allah swt tu Maha Besar dan Mengetahui...dan juga manusia itu tidak perfect...dia mudah lupa juga (pasal pergi klinik tu)

Antara hikmah yang saya akui, kebijaksaan Syasya. Anak saya yang 3 tahun pun tu sangat bijak kan?
...keluar rumah kena bawak IC tau!


Friday, October 14, 2011

Engkau laksana bulan...



Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Bulan Sukuan Mengecil berdekatan dengan Musytari di bahagian timur pada malam semalam. Hanya perlu mencari titik cahaya yang cemerlang sekitar bulan pada langit malam ini. Itulah Musytari. Kedua-duanya akan meningkat secara selaras pada ufuk timur pada waktu senja atau awal petang.

Thursday, October 13, 2011

Carrot itu di tanam di tanah dan bukannya tumbuh dalam plastik beg...

Teringat semasa mengajar tadika dulu, anak murid pergi kaler lembu dia sebijik macam lembu Fern Leaf tu (tompok hitam atas putih). Bila saya kata, lembu ada yang kaler coklat gelap...ada yang coklat terang...ada yang hitam, anak murid saya buat muke pelik.

Percaya tak, dengan kepadatan penduduk di bandar semakin tinggi, MUNGKIN anak-anak suatu hari nanti lupa carrot itu di tanam di tanah dan bukannya tumbuh dalam plastik beg di atas rak supermarket hehehe

SO - hari ini hari discovery untuk Syasya.



Hanya pokok ini sahaja di rumah saya yang masih segar subur walaupun kadang-kadang Encik Snail yang Jahat akan cuba cuit sedikit buat makan tengahari dia.





Syasya memang penakut apa sahaja bugs yang ada di rumah termasuklah Encik Snail. Tapi dek di sebabkan dia selalu curious apa yang mak dia buat, saya biarkan sahaja dia ikut. Adik Mimi pastinya duduk di crib yang setia...melihat dari livingroom then penuh rasa cemburu huhuhu


Pokok cekur ini Abah saya bawakan dari kampung. Kalau habis, saya mintak lagi (sebab Encik Snail suka makan!!) Biasanya baja dia senang sahaja, apa sahaja air ikan yang saya basuh atau siang, saya suruh Kakak Aliya curahkan. Itu petua nenek saya.

Di sebabkan buntu tak tahu nak masak apa, saya masak pecal je la senang. Malas nak masak dua tiga lauk bebagai.

Tapi kalau ikutkan...satu lauk ini sahaja pun dah macam masak 4 lauk (siapa orang Johor faham la maksud saya - kena goreng itu ini dulu la, kena kikis-kikis kulit buah cekur tu dulu la huhuhu)



Tuesday, October 11, 2011

So many things...so little space to do them.

Semalam my friend sent me this event because she said that I might be interested since I have the "talent"
OMG...thanks so much - siapalah saya, no proper formal photography training pun dan sebuah camera gajah yang gears pun dah kaput haih... (but I survive.....huhuhu bukan untuk cari makan pun, untuk suka-suka je)

But taking photos of a blogger is the pinnacle of the blogger's survival no?
Hurmm....not really kan? Ben Ashari boleh wujud dan masih ramai yang baca blog dia walaupun tak de gambar mantop-mantop.

But if you have a food blog (make that 2 food blog) of course you kena amek gambar mantop-mantop untuk persuade people to try your recipe hihihi

So this Sony NEX workshop memang really really cam best je untuk bloggers kan? But I hate to be my own party popper and remind myself the last Blackberry Playbook  by Nuffnang pun my husband je yang dapat pergi (when asked if Mimi could tag along...the answer was "not sesuai" ~ sebab there will be games and all so susah untuk I nanti)

Haih...Mimi kan masih anggap I ni kilang produksi susu dia so...as long as I am still BFing her....maaflah, tak dapek join.

Sob Sob Sob.

But just in case uols are interested, do drop by here - bloggers only :
ALPHA NEX Blogging Challenge 15 October 2011
https://mysony.sony.com.my/MyWorkshop/WorkshopListing.aspx#

in the mean time...back to serving Her Royal Tigress huhuhu



Sunday, October 09, 2011

LRT KLJ Line Extension Project - Road Closure for Execution of Station 6 (SS14/SS18)



It seems that YB Hannah Yeoh together with MPSJ, and Prasarana held a Press Conference on Monday 03/10/2011 at SS18/6 to inform Residents of Preliminary construction work for LRT Station 6 & guideway at the end of Jalan Jengka portion (near to Kesas), what is better known as Preliminary Test Piles (PTPs)

The starting date of the closure of part of SS18/6 is Monday 10/10/2011 and works will be completed on Saturday 10/12/2011 (total 62 days).


Seven stations to be constructed namely :

Station 1 – located at Lembah Subang,

Station 2 – located at Lembah Subang,

Station 3 – located nearby Kelana Centre Point,

Station 4 – KTMB Subang Jaya,

Station 5 – SS15/SS17,

Station 6 – SS14/SS18; and

Station 7 – USJ6/USJ7.

image from : www.prasarana.com.my

image from : www.prasarana.com.my

First road closure will be at Jalan SS 18/6 in between Jalan SS 18/4f to Jalan SS 18/4g for PTP at Station 6. Starting date is 05th October 2011 until expected completion of PTP on 07th December 2011 (duration : 62 days). Please refer to the layout of the road closure behind.



The next road closure for guideway PTPs (PTP 9 & PTP 10) will be at the end of Jalan Jengka near KESAS Highway an junction of Jalan SS 14/7g & Jalan SS 18/1a. Starting date shall be notified accordingly in advance prior to execution of preliminary works. Kindly refer to the layout of the road closure layout attached.




Resident are to look out and follow the temporary Traffic signage and Banners at the mentioned area.

I have been made to understand that such works will be carried out in stages for all 7 proposed stations. Work at Station 7 at USJ6/USJ7 will commence in December 2011.

Well..bertambah congested ler area tempat tinggal saya ni...hurmmm....

Saturday, October 08, 2011

Lencongan Trafik di LDP






Dimaklumkan bahawa akan ada lencongan trafik di KMS0.1 (selepas jejambat PutraHeights ke arah Shah Alam / Klang) di LDP dari pagi Ahad ini selama 8 bulan. Pelencongan adalah untuk memudahkan projek One Subang.


Please be informed that there will be a traffic diversion at KMS0.1 (after Putra Heights flyover towards Shah Alam/Klang) on LDP from this Sunday morning for 8 months. The diversion is to facilitate the One Subang project which is under construction now.