Tuesday, August 23, 2011

Anak - Nikmat Yang Di Pinjamkan Allah SWT


Sebagai ibu antara yang terbesar paling ditakuti adalah bila anak sakit dan yang paling paling paling kita SANGAT SANGAT takuti adalah bila Allah "ambil" balik nikmat yang telah dia pinjamkan pada kita

Hari ini mood saya memang sangat sebak. Kenapa?

Pagi-pagi lagi saya sudah menanam anak kucing yang telah meninggal mungkin malam sebelum.

Masya Allah saya tidak pernah mendengar "tangisan" seekor ibu kucing takala kehilangan anaknya. Clearly, boleh didengar nada nyaring seolah2 meratap dan kemudiannya slow dan sayu seolah2 merintih.

Dalam kepanasan pagi itu saya kumpul segala kudrat dalam badan dan tanah bercampur batu dan tanah liat belakang rumah yang memang tak sesuai untuk tanam apa-apa (pokok serai pun boleh mati!) saya gali kubur kecil buat anak kucing tersebut.

Sehingga sekarang, ibu kucing masih setia menziarahi kubur anaknya...maybe she is in denial...maybe she is "praying" for her little one :(((


Lalu perasaan sebak itu ditambahkan dengan status seorang kawan yang saya "copy" dari FB

Having children was my choice. I gave up things, & went without for them. I regret nothing. My life was, is and will always be, all for my children. Copy & paste this if you are a proud parent who will always put your children first & never last!!!! 

Mungkin juga, Allah SWT takdirkan supaya mak kucing tu seret bangkai anak dia ke laman rumah saya sebagai peringatan - harus rasa bersyukur sebab beberapa minggu lepas A'amelia sudah fully discharged dari PPUM dan dia sudah "all-clear" dari UTI infection dia.

Then I stumbled upon blog Leen who lost her daughter to Leukemia on the same day...(fuh! wat a day - asyik lap airmata dan rasa insaf)

sekali lagi a reminder to me - anak adalah "nikmat" yang Allah SWT pinjamkan...

Furthermore reading through Ustaz Zaharuddin on "Peluang 'Last Minute', Lailatul Qadar & Kita" was really an eye opener

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Mode : walaupun tengah cik P tapi - kpd muslimat yg uzur, amalan 10 akhir ramadhan,masih boleh .. beramal dgn.. selawat byk2 , dengar keset @ cd al quran zikir jgn berhenti,berdoa brsunguh2 yg penting bertaubat .. jgn putus asa masih ada cara n peluang..Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

moga-moga readers and friend di luar sana mendapat keberkatan sepanjang beberapa hari terakhir ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah dalam apa jua cara dan bentuk dan berbanyaklah kita berdoa semoga terpelihara dari segala macam urusan dunia dan akhirat - Insya Allah

Tuesday, August 16, 2011

Blogger reveals real face of “Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara” as belonging to Adlin binti Abd Jalil

After the mistaken identity expose by Gaysec, another individual with VALID SOURCES has claimed to expose the real face of “Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara”


photo that ibnjufferi claims is Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara (credit to http://www.ibnjuferi.biz/)

for more info read

  1. http://www.ibnjuferi.biz/opsmhsaw-2-ic-comparison/
  2. http://www.ibnjuferi.org/adlin-abd-jalil-ialah-mhsaw/
  3. follow his twitter at http://twitter.com/#!/IbnJuferi
in the mean time, we are seeing Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara cursing more at IbnJuferi at the moment than the usual curse to Islam that she is so famous for.

In his recent posting IbnJuferi claims that it was the date 5.10.XX which was partically covered up that gave her identity away. He says, I quote :

The date displayed below the address is the date when the person had collected his/her ICs from the NRD. The poor bitch didn’t have the sense to cover the date up, in her eagerness to “prove” that she was born as a Malay and a Muslim. In the whole of Malaysia, only she will have that date of collection and nobody else will have the same date of collection



What do you think? Is Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara = Adlin binti Abd Jalil????

Monday, August 15, 2011

Dalil Wanita Mengandung Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha



SEMOGA MEMBERI MANFAAT DAN BERILMIAH.
OLEH: USTAZ MUHAMMAD IHSAN BIN IDRIS
NAIB YAND DIPERTUA AL-ISLAH PERLIS MERANGKAP
KETUA JABATAN USULUDDIN, AL-QUR'AN DAN AL-HADITH IPTIPS

more info on the kertas kerja here - http://islahperlis.blogspot.com/2011/08/dalil-wanita-mengandung-dan-menyusu.html


Monday, August 08, 2011

Murtad - Terbongkar Sudah Hajjah-Sitt-Al-Wuzara

ooooo salah identiti plak ke???

Kenyataan rasmi "maaf" daripada pihak GaySec kepada pihak umum dan Arlene Tan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.


Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.


Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.


Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.


Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?


kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.


Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.


Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.


Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).

http://www.gaysec.org/action/viewnews/maaf-gaysec.txt

Fuh! Now I can make more money with Nuffnang


Hari tu agak sedih jugaklah coz I perasan my status with Nuffnang dah jadi ordinary.
Sedih tau dah tak masuk exclusive club dah huhuhu - income pun jadi ciput :(



Nasib baik la ada posting about this new TOS at http://blog.lankapo.com/blogging/nuffnang-glitterati-status-no-more/

Rupanya kalau tak update blog lama, turun takhta la korang jawabnya huhuhu

I cepat2 delete yang lama tak update dan just put up a few yang memang I update...SELAMAT

So now back to making more money ye! Ngeh ngeh ngeh

Friday, August 05, 2011

Doncha wish...

..you could travel and see the world through your own eyes and "move" to your own footsteps.


p/s this is awesome by the way

Wednesday, August 03, 2011

HUKUM PUASA IBU HAMIL/MENYUSU PADA SETIAP BULAN RAMADAN : to ganti or not to ganti that is the question


Breastfeeding should be made easy - so easy it can make you BRAVE 
(NIP kat Gerai Mamak - janji ada tempat covered yang strategic) 

Salah satu trend yang seringkali kaum ibu mengandung/menyusu nampak bila tiba ramadhan adalah kekeliruan tentang isu meninggalkan puasa dan MACAMANA NAK GANTI NANTI.

Macam-macam posting, comment & status keluar.

Ramai yang bagi straight forward contohnya :
Mengikut MAZHAB SHAFIE :-

1. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN DIRINYA
- Dia tidak perlu membayar fidyah, memadai hanya menggantikan puasanya.

2. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN ANAKNYA (KEKURANGAN SUSU)
- maka dia perlu menggantikan puasanya dan membayar fidyah.

OK - pengalaman sebagai Merchant Services Consultant tells me, bila kita letak "T&C" berbunyi semacam ini, "customer" banyak yang akan rasa "tak berapa sedap dah" - terus langsung sebut "I want to cancel my account" huhuhu

btw Merchant Services Consultant ni yang jaga business owners yang ada account dengan credit company tu la (macam Visa or Mastercard) - means kat kedai dia ada "terminal" nak swipe card. Dah la kena bayar sewa terminal, lepas tu kena service charge ditolak dr harga barang dia yang dibeli guna card (sebab tu kadang2 ada tulis, if use card we charge 4% dan sebagainya)

Taukeh gedung besar pun akan rasa - why so rigid? it needs to be simple

YES - the keyword here is SIMPLE

Islam itu MUDAH - biasa dengar?? selalu dengar?? tak pernah DENGAR...tak mungkin.

Maka kenapa perlu kita PAYAHkan benda yang ALLAH SWT dah tentu dan takdirkan MUDAH.

Apatah lagi sekarang kita selalu dengar macam-macam bad publicity about Islam kan - sampai MUDAH orang perkotak-katik kan agama kita. Hurm...

dah rasa SUSAH...MUDAH je - leave Islam - astaghfirullahalazim :(

Benda mudah - haruslah mudah. Jangan rumitkan.

OK back to my topik -
HUKUM PUASA IBU HAMIL PADA SETIAP BULAN RAMADAN (merangkumi IBU MENYUSU JUGA YE)

Dr Abd Hayei Bin Abd Shukor, (Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI) berkata dalam laman blognya :
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.
Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.
Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.
Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam (sumber dari :
http://www.drhayei.com/2010/08/hukum-puasa-ibu-hamil-pada-setiap-tahun.html)
OK - bukan sebarang orang I quote ye - Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI

Dunno ar? JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM

creditials ustaz ni - sila rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

SO simple kan?

Ikutlah mana yang SESUAI DENGAN KEADAAN KITA. Orang bijaksana agama sudah nasihat. Right?

Tapi Ustaz, can I just add, I orang bandar dan anak I jarak dekat hehehe
Alah...like the good doktor ustaz said "seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota.." means bukan semua la, tapi KEBANYAKAN ye dak?

but my point actually is how to answer such a simple soalan macam ni pada ORANG BUKAN ISLAM. Kalau kita zass terus bagi straight forward contohnya mengikut MAZHAB SHAFIE, kalau tak ramai mesti dua tiga orang akan cakap dalam hati (non muslims especially) - GOSH, susahnya Islam ni. Pregnancy is hard, lagi nak puasa ke, lepas tu nak tinggalkan kena ganti...adoi...so masa pregnant 30 hari campur 2 tahun BF means you kena ganti 90 hari ke???? (actually someone said this to me dulu huhuhu)

Sebab itu - cara penyampaian "T&C" sangat penting...sebab ramai dah tersasar dan bencikan Islam sampai sanggup tinggalkan Agama dengan antara sebabnya ISLAM MENYUSAHKAN kata mereka...so what we have to understand (like my cousin said)
ini adalah perkara yg biasa berlaku apabila umat Islam (ya, itu termasuk kita semua) tidak memahami syahadatul haq (penyaksian sebenar).. di akhirat kelak, mereka yg diazab akan menyalahkan orang-orang Islam yg gagal menunjukkan kesempurnaan Islam kepada mereka... Ini adalah penyakit masyarakat... di samping doa kpd Allah agar mereka ini diberi hidayah, adalah lebih patut lagi kita berdoa kita semua turut diberi hidayah oleh Allah s.w.t. agar dilindungi drpd syirik, dan dikurniakan keimanan yg tinggi agar kita termasuk dlm golongan yg boleh menjawab di hadapan Allah s.w.t. kelak " Ya Allah, aku termasuk dlm golongan org yg memperjuangkan Islam meskipun Islam belum menang sewaktu aku masih hidup, oleh itu bebsakanlah aku drpd tuduhan orang2 musyrikin"
kita akan dipersalahkan kerana Islam lemah... semua umat Islam adalah berdosa kerana lemahnya Islam.. ini adalah pandangan al-maududi... bukankah Islam itu agama Allah? jadi adalah tidak layak agama Allah itu berada dalam keadaan lemah... lemahnya Islam akan menjadi alasan orang kafir (dan murtad) utk tidak menyertai Islam, dan ini akan menjadi dosa di akhirat kelak...- Muhammad Nazril Laharadi
simple thing - why make it difficult kan? Allah dah tentu kan ianya mudah. Wallah A`lam