Friday, July 29, 2011

Best la korang kat PPUM ek...



map to new wing...

Changes made :

Tarikh DijangkaUnitLokasi AsalLokasi Baru
25 Julai 2011Wad Bersalin, Wad Pos Natal,
Wad Pre Natal
Bangunan Obstetrik Aras 3 (wad bersalin)Aras 5 (Pre Natal)
Aras 6 (pos Natal)
28 Julai 2011Wad Pediatrik 2, 4 dan 5Menara TimurBangunan Pediatrik Aras 7 (Peads 2)
Aras 8 (peads 4 dan 5)





...masa in constructions  - taken 2nd day after Ame lahir (December 2010)


...ini wad lama :)

New Wing, New Hope. Harap kaum bapa leh masuk ek??

...too bad, DH dah veto yang A'amelia is "anak bongsu" sob sob sob


OPERASI PERPINDAHAN WAD KANAK-KANAK DAN WAD BERSALIN KE KOMPLEKS WANITA DAN KANAK-KANAK PPUM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah menetapkan perpindahan bagi Wad Kanak-kanak dan Wad Bersalin adalah seperti berikut:
Tarikh
Wad Terlibat
Aras
29 Julai 2011
Wad Kanak-kanak 4
Aras 8 Kompleks Kanak-kanak PPUM
29 Julai 2011
Wad Kanak-kanak 5
Aras 8 Kompleks Kanak-kanak PPUM
1 Ogos 2011
Wad Kanak-kanak 2
Aras 7 Kompleks Kanak-kanak PPUM
29 Julai 2011
Wad Bersalin
Kompleks Wanita PPUM

peta lokasi Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak

for further inquiries:
Hotline
Tel : 03-7949-4422
Fax : 03-7956-2253

Email : ummc@ummc.edu.my

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - Ayang bila nak outstation lagi??? :P


Tiket-tiket perjalanan Tren KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri 2011



Tiket-tiket perjalanan Tren KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dibuka tempahan kepada orang ramai mulai hari ini jam 8.30am bagi perjalanan Tren pada 25/8/2011.

Untuk tarikh-tarikh seterusnya, sila rujuk pada lampiran jadual diberikan atau layari http://ktmintercity.com.my/ . 1st come 1st serve...siapa cepat dia dapat!

sumber : siapa lagi kalau bukan my bro Chal hehehe

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan datang lagi : Perlu ke dapur cik puan bukan takat berasap tapi unggun api beso?


Sebut sahaja Ramadhan dan jika anda tukang masak di rumah anda, seperti kebanyakan wanita Islam lain di seluruh dunia, mungkin ada antara kita yang terasa seperti kebanyakan Ramadan kita lebih dihabiskan di dapur yang panas dan bukannya di tikar sembahyang.

Saya pernah mengadu kepada ibu saya tentang bagaimana begitu ramai wanita Islam seolah-olah terlepas nikmat Ramadan kerana overemphasis pada hidangan yang lazat-lazat dan hebat sehingga perlu untuk memenuhi satu meja makan pada masa berbuka. Mama saya kata, tak heranlah kalau saya rasa begitu sebab dia sendiri dapat lihat kesan "attitude" ini pada penyertaan dan kedatangan kaum ibu untuk bertadarus dan sebagainya di Masjid di kampung saya.

Maka, tekad saya untuk Ramadan ini, saya hendak membuang halangan dalaman dan juga luaran untuk kejayaan rohani. Apatah lagi, saya masih menyusukan A'amelia dan masih perlu menyediakan hidangan untuk A'aesyah yang masih kecil. Tambahan pula dengan kenaikan kos keperluan untuk membeli makanan siap (fast food), saya memang anticipate saya akan banyak memasak daripada membeli (veto suami saya pasti tidak berubah :P sebab dia Menteri Kewangan sekarang :P)

Tapi susah kan - apatah lagi nanti kita disuap dengan bermacam "food porn" daripada blog mahupun facebook network kita sendiri. Belum lagi bukak tv, pagi rancangan memasak, petang rancangan memasak sampai dalam berita pun ada pasal hidangan berbuka *haih*

SO di peringkat dalaman, mari kita mulakan dengan membuang dan letak ke tepi apa-apa perasaan bersalah, persaingan atau cemburu yang mungkin kita ada pada "mereka-mereka" yang hebat tu dan kalau boleh mari kita puasa blog dan facebook juga hehehe.

Memanglah menyediakan hidangan juga satu ibadah, tapi kalau sudah tersasar sehingga terlepas ibadah-ibadah yang lain, maka ia sudah menjadi satu halangan besar buat kita kaum ibu dan kaum hawa menikmati erti sebenar bulan ramadhan.

JADI - eloklah kita execute satu MEAL PLAN SEBULAN supaya tidak rasa ketinggalan sama sekali.

Berikut adalah beberapa langkah yang saya rasa dapat membantu kita mendapatkan lebih banyak masa di bulan Ramadan untuk kejayaan rohani:

  1. Bincang dengan semua ahli keluarga anda. Hanya tinggal beberapa hari sahaja sehingga Ramadan bermula. Pilih hari dan masa apabila semua orang boleh hadir.
  2. Terangkan kepada keluarga yang anda ingin Ramadan untuk dijadikan masa untuk menjadi lebih dekat kepada Allah. Anda tidak boleh berbuat demikian jika anda menghabiskan sebahagian besar masa anda memasak dan membersihkan selepas semua orang habis makan. Tegas tetapi sopan.
  3. Bincangkan menu plan untuk 1 bulan. Tanya semua orang untuk berkongsi apa jenis hidangan yang mereka ingin makan tapi pastikan ianya yang sihat.
  4. Setelah semua idea-idea dicatat, buat satu jadual memasak dan membersihkan supaya semua orang terlibat dan anda tidak terkonteng-konteng keseorangan di dapur padahal ahli keluarga yang lain sudah siap mandi wangi-wangi nak pergi sembahyang terawih. Jelaskan bahawa semasa anda masih akan masak dan bukan nak mogok satu bulan (hehehe), cuma anda perlukan kerjasama ahli keluarga yang lain untuk membantu sama-sama menghidang (pre-berbuka) atau orang-orang yang post-berbuka (basuh pinggan mangkuk, mengelap meja, menyapu, dll). 
  5. Menguatkuasakan jadual untuk anak-anak terlibat sama dan memberi ganjaran. 
  6. Bagi suami, merakamkan penghargaan anda secara lisan dengan mengucapkan terima kasih dan jelaskan bagaimana bantuan tambahan adalah rangsangan spiritual yang sebenar buat anda seorang isteri.

Jika rancangan ini berjaya dilaksanakan, anda boleh melanjutkan ke seluruh tahun ini, dengan itu pasti kita dapat lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada keperluan rohani kita. Tetapi walaupun kita mendapatkan lebih banyak masa di tikar sembahyang, lebih dari pada masa di dapur hanya untuk SATU bulan dalam setahun, di mana pahala yang cuba kita capai dikira dan dicatat, maka amat berbaloi-baloilah kita kurangkan asap di dapur kita tu hehehe

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN PENUH KEBERKATAN SEMUA

(idea dipetik dari : http://soundvision.com/info/ramadan/turnoffthatstove.asp)


A'amelia at 7 Months - Why So Serious?

Adoi kejapnya sudah 7 bulan kan?
Where did time fly - uhuk uhuk...

At 6.39kg, Ame memang serius orangnya and susah nak senyum...



She reminds me a lot of my dad. Sangat berhati-hati dan sangat serius...what more she's born on the same month as my dad was. Hurm...rambut pun beralun cam Atok Aim dia - heh!


Tapi kalau Ame dah senyum ceria je dunia kan?



Sunday, July 24, 2011

Amy Winehouse mati pada usia 27 tahun


Anak Gadis Ayahnya
  • London Perkhidmatan Ambulans dijumpai penyanyi di 15:54 tetapi gagal untuk menyelamatkan hidupnya
  • Polis menglasifikasikan kematian sebagai 'tidak dapat dijelaskan" 
  • Amy Winehouse telah ditemui mati di rumahnya di London.
 sumber : Associated Press

 sumber : Associated Press

sumber : Associated Press
Penyanyi Back To Blackdijumpai oleh perkhidmatan kecemasan pada 3:54 petang, menurut sumber, dan kematiannya dianggap sebagai 'tidak dapat dijelaskan' oleh pihak polis.

Dalam satu kenyataan, Polis Metropolitan berkata: "Polis telah dipanggil oleh Perkhidmatan Ambulans London ke alamat di Camden Square NW1 sejurus sebelum 16.05hrs hari ini, Sabtu 23 Julai, berikutan laporan seorang wanita ditemui mati.

Pegawai yang tiba menjumpai wanita yang berusia 27 tahun, yang telah diisytiharkan mati di tempat kejadian.
Pada peringkat awal ini, ia dianggap sebagai tidak dapat dijelaskan. '

Ia adalah tidak diketahui sama ada bapa Mitch Amy sebenarnya tahu tentang kematian anak perempuannya dan Sky News telah mengesahkan bahawa dia berada di atas kapal terbang ke New York untuk mengambil bahagian dalam pesta Jazz.

Winehouse telah dilihat bersama-sama Dionne Bromfield "goddaughter" beliau awal minggu ini, bagi persembahan Bromfield yang mengambil pentas di perayaan iTunes.

Beliau enggan menyertai, tetapi menyokong Bromfield yang berusia 14 tahun dengan beberapa pergerakan tarian sebelum menggesa orang ramai untuk membeli album baru Bromfield "Good For The Soul"

Menurut sumber,: 'Amy kelihatan 'staggered' di atas pentas dan meraih mikrofon untuk merayu kepada orang ramai untuk membeli album baru protegenya itu.'

Penampilan Winehouse di konsert itu datang selepas beliau membatalkan tour Eropahnya selepas prestasi buruk pada bulan Jun apabila dia tersandung di atas pentas di Belgrade dan memberi prestasi persembahan yang tidak keruan dan kelihatan sangat disorientated seolah-olah dirinya terkeluar dari realiti.



Berikutan konsert yang menyaksikan respons peminat-peminat marah dan video kejadian tersebut yang dipertontonkan kepada berjuta-juta peminat, dia terus membatalkan baki jelajahannya di Eropah .

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap penyanyi bermasalah itu berkata bahawa Winehouse yang akan diberikan 'rehat selagi selama mana ia mengambil masa' untuk pulih.

Kenyataan itu berbunyi: 'Amy Winehouse menarik diri dari semua persembahan yang dijadualkan.
'Semua pihak yang terlibat ingin melakukan segala apa yang mereka boleh untuk membantu "dia kembali menjadi yang terbaik dan dia akan diberi cuti rehat yang panjang selama mana yang perlu untuk ini berlaku. '
Winehouse sedang dalam proses membuat album terbaru yang amat lama ditunggu-tunggu, susulan kejayaaan jualan multi-million Back To Black, untuk tiga tahun perturut.

Difahamkan Winehouse mempunyai kehidupan yang bermasalah dan pernah masuk ke pusat pemulihan bagi penagihan dadah dan alkohol.
Dalam temu bual pada tahun 2008, Janis ibunya berkata dia tidak terperanjat jika anak perempuannya meninggal dunia sebelum masanya .
Beliau berkata: 'Saya telah mengetahui untuk masa yang lama bahawa anak perempuan saya mempunyai masalah. Saya sedar anak perempuan saya boleh mati bila-bila masa sahaja, malah mungkin dalam masa setahun. Kami memerhatikannya seolah-olah membunuh diri sendiri, perlahan-lahan.'
'Saya telah bersedia menerima sebarangt berita tentang kematiaannya. Malah saya telah memaksa diri saya untuk bertanya dia mahu dikebumikan di tanah perkuburan yang mana. Kerana dadah akan lambat laun membunuhnya jika dia masih mengikut arah hidup sebegitu.'

'Saya melihat Heath Ledger dan Britney. Dia seperti mereka. Ia seperti menonton kemalangan kereta'.

sumber : http://www.dailymail.co.uk


Advertlets plak kena hack

Kata mereka kali ni kesan serangan GaySec tak seteruk yang dialami oleh Nuffnang. Laman web Advertlets masih boleh beroperasi macam biasa dan maklamat mereka hanyalah untuk menguji keselamatan sesuautu sistem dan laman sesawang itu sahaja, bukan untuk memjatuhkan mana-mana sistem danlaman sesawang, ingat itu :)

Nuffnang Kena Hack



Petang semalam (Jumaat - 22 Julai), pihak Nuffnang mendapati pencerobohan haram dan tidak sah ke dalam rangkaian mereka, yang terbaru dalam siri kejadian hacking oleh individu-individu yang juga mendakwa telah mensasarkan Streamyx, CIMB, TV3 dan beberapa laman web tempatan yang lain sebelum ini. Dalam kes Nuffnang, para hacker telah berjaya mengambil bahagian maklumat akaun blogger mereka dan mengeluarkan e-mel beberapa akaun Nuffnang.

Breach itu telah di fixed, dan pihak Nuffnang juga menyampaikan maklumat bagaimana mereka menangani beberapa kebimbangan utama pada blogger yang mempunyai account dengan mereka.

1. Kata laluan anda adalah selamat.
Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang sedia ada, semua kata laluan pengguna dalam pangkalan data mereka sentiasa dilindungi dengan enkripsi satu hala. Namun begitu, mereka masih menggalakkan anda untuk menukar kata laluan anda (terutamanya jika anda menggunakan kata laluan yang sama untuk laman-laman lain) sebagai langkah berjaga-jaga dalam hal ini sekiranya para penggodam mampu untuk melepasi ekripsi tersebut.

2. Pendapatan blog dan rekod pembayaran tidak terjejas.
Pendapatan semasa dan sejarah pembayaran untuk semua pengguna adalah selamat dan tidak terjejas dalam apa-apa cara.

3. Loading daripada blog yang memaparkan iklan Nuffnang tidak terjejas .
Pada 1:00 malam semalam, pasukan Tech mereka mengambil langkah menurunkan sebentar laman web untuk penyelenggaraan dan untuk beberapa jam, ruangan iklan tidak berkhidmat. Pagi ini, semuanya berjalan dengan lancar dan kembali normal. Semua blog yang memaparkan iklan Nuffnang, dapat dimuatkan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden ini.

"Security Lapse" ini adalah satu insiden yang terpencil, keselamatan laman mereka telah sentiasa dan akan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Walau bagaimanapun, kejadian ini telah membuka mata mereka kepada beberapa kelemahan di laman web mereka. Sebagai tindak balas daripada kejadian itu, mereka telah mengambil langkah-langkah untuk terus meningkatkan keselamatan rangka kerja Nuffnang kerana itulah "lesson" yang mereka sedari dan fahami dari pengodaman ini - pengodam tidak menyebabkan apa-apa kerosakan yang kekal, tetapi untuk menyedarkan mereka tentang kelemahan dalam sistem mereka.

Kata mereka lagi, untuk Nuffnangers yang dibuat beberapa percubaan untuk memberi amaran kepada mereka sebaik sahaja mendapati bahawa laman Nuffnang telah digodam, mereka amak Nuffnang juga berterima kasih. Kesabaran dan sokongan anda adalah sesuatu yang mereka rasa sangat bersyukur dan tidak akan diambil ringan. Pihak Nuffnang memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan, dan kerana tidak mampu untuk mencegah kejadian ini. Mereka juga telah menyediakan kakitangan khusus yang berdedikasi untuk mengenai perkara ini, oleh itu untuk menangani sebarang kebimbangan atau soalan yang anda ada mengenai insiden ini, sila tulis kepada mereka di security@nuffnang.com.

sumber : http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/07/23/a-nuffnang-community-announcement/

Thursday, July 21, 2011

Hotlink - Tiada Lagi BIS


Seperti yang anda sedia maklum (dan kalau belum maklum meh sini baca posting I ok!) BIS bonus plan akan DISCONTINUED selepas 30 Julai. 

So what does this mean?



Memang tertunggu² apa plan selanjutnya tapi nampaknya walaupun sambutan yang hangat pada BIS ni Maxis masih merasakan depa still  need to make money *haih*

Memang la mengharapkan Hotlink datang dengan sesuatu yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan pelan semasa tetapi malangnya tiada.

Before that kena la jelaskan tentang rancangan BIS baru mereka yang terbahagi kepada dua, yang dipanggil BIS Lite dan BIS Social.


BIS Lite - anda boleh menikmati push e-mel, BBM dan lain-lain perkhidmatan mesej segera (IM) seperti Google Talk, MSN Messenger dan Yahoo Messenger. Social networking TIDAK termasuk dalam pelan ini. Ya, saya ulangi, anda tidak boleh menggunakan Facebook, MySpace dan Twitter dalam pelan BIS Lite ini. Bagaimanapun, saya mendapati bahawa anda tidak memerlukan perkhidmatan BIS untuk Twitter (jika BB anda boleh WiFi). Oleh itu, Facebook sahaja yang menjadi masalah utama sekarang.

BIS Sosial - dari nama dah tau dah apa kandungan kan? IM dan rangkaian sosial yang disokong TAPI sob! sob! uhuk! uhuk!  tiada perkhidmatan e-mel :(

Harga langganan adalah RM1 (setiap hari), RM7 (mingguan) atau RM30 (bulanan). Saya tidak tahu jika anda boleh melanggan kedua-duanya pada satu masa kerana ia masih akan lebih murah daripada BIS penuh Hotlink yang ditawarkan sekarang ini.

Tapi yang tak sedapnya - ada yang mengatakan it might take up to 2 to 3 days untuk activate huhuhu - merasalah kan.

Saya rasa kesian dan simpati bagi pelanggan BIS Bonus semasa kerana sama ada anda perlu menukar ke telekomunikasi lain (DiGi atau Celcom) atau melanggan pelan BIS penuh yang iaitu RM98 sebulan, RM28 mingguan atau RM2.50 setiap hari (bukan sepenuhnya BIS)

For me? I really wont feel the pinch since saya ni cuma DO je (dapur officer) hehehe bukannya perlu nak "visit site" atau keluar sekerap yang mungkin. Maybe kena recharge balik la my own Toshiba Windows Phone for my emails - guna WiFi rumah dan bawak beg sandang cam doktor kat PPUM hahaha

SO...how about you guys? Feel the pinch or no?

untuk informasi sepenuhnya, layari Hotlink Prepaid Blacberry


Friday, July 15, 2011

Never buy GAP online...

...IF they do not provide the actual photo of the item and proof that they are selling the original clothes.

FULLSTOP

Actually dah kena sekali, sangat sedih hokey. After A'aesyah wore it sekali, terus keluar lobang-lobang bawah leher...APAKAH. Rasa nak sue, nak bako semua ada rasa.



Tapi I ni kan hati baik, I said, if you pay RM20 GAP...you GET RM20 GAP - sapa suruh tak rajin turun Pavillion :P

...actually it was RM26 with postage - LAGI RASA HANGAT HATI!!!

Tapi yang membuatkan I lagi rasa nak BAKO and lagi rasa menyirap was after reading this posting :




I quote from the blog "Here is one type of fake label, please notice that babyGap fonts is not matched with the original babyGap at all!!. These are the most common label found in sleepwear!"

Ok...TIPAH SUDAH KENA TIPU uhuk uhuk uhuk

Tapi I ni orang civilized sikit, so I kasi can itu "kedai" buat eksplenesyen...



so we wait and see...

MORAL OF THE STORY PUAN-PUAN???
never ever buy from the shop which do not provide the actual photo of the item and proof that they are selling the original clothes!!!


make sense right??? bukan banyak modal pun nak amek gambar, takut sangat customer lari, nak duit yang HALAL please put in a bit of effort lah!!

After this, my money is going to The Children's Place, biarlah berkoyan-koyan I borong, janji puas hati!!

Tuesday, July 12, 2011

Makanan Pertama Bayi - Puri Pir (Pear Puree)

Bagus untuk?
  • mengelakkan sembelit
  • serta gejala GERD atau infant reflux
Khasiat?
  • Kaya Vitamin C, Vitamin K, Copper, Potassium dan Fibre.
  • Mempunyai lebih banyak serat berbanding PISANG dan EPAL
  • Malah Buah Pir juga membantu mengurangkan kadar kolesterol dan melindungi badan kita dari cancer.
Memborong Williams pear atau Bartlett pear - kulitnya hijau kemerah-merahan

Tahukah ibu-ibu bahawa buah pir adalah antara buah yang sangat rendah nilai asidiknya menyebabkan ianya buah yang sangat-sangat sesuai disediakan sebagai makanan pertama bayi. Malah ada yang mengatakan, jarang kedengaran reaksi allergi jika ibu-ibu memberi buah pir sebagai puri pertama.

Sesuai untuk?
Bayi berusia 6 bulan ke atas.

Jenis-jenis yang didapati?
sila rujuk di sini - http://www.mama-knows.com/featured-articles/all-about-pears.html


Cara memasak?
Rebus, Kukus atau di bakar

Kupas kulit dan dipotong wedges. Buang kulit ari keras di tengah-tengah dan bijinya



Rebus sehingga lembut
Dikisar di dalam blender bersama-sama sedikit air rebusan



Puri yang telah dikisar perlu ditapis...


...supaya ianya sesuai sebagai makanan pertama bayi pada peringkat usia 6 ke 8 bulan (untuk mengelak sembelit)


Tekstur puri haruslah halus 


Air rebusan jangan dibuang, boleh digunakan sebagai "minuman" bayi ketika makan atau mencairkan lagi puri jika masih terlalu pekat untuk bayi anda.
Berikan puri 4 hari berturut-turut untuk RULE OUT sebarangan kemungkinan alahan bayi anda padanya.
Selamat Mencuba!!

Friday, July 08, 2011

Am back. You happy now?

...ha ha ha
I'm back to doing what I love doing best.

Now that Mimi dah start makan, barulah best sikit nak bercerita kan?
Not that my life ni tak exciting as it is. Oooooo sangat exciting lately ni :)

I'm not crazy like that with Mimi when it comes to taking photos - not like masa Syasya but Mimi is getting good at focusing without being distracted too much which is good.

And a comeback...isn't a comeback kalau tak blog revamp kan?
Alaaaaaah satu satu ler...

But here are the girls' latest. Liya just turned 11, Syasya will be 3 in 1 and a half month's time and Mimi will be 7 months come the 17th