Wednesday, December 15, 2010

Aasyura (10 Muharram)

 image from Google

Dalam kesibukkan kita seharian, pernah tak kita terfikir untuk melihat satu lagi keistimewaan bulan Muharram - Aasyura (10 Muharram)

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"


Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura :
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”.
(Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.

Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, December 14, 2010

Indahnya Hidup Ada Perencah Mee Bandung/Rebus

 
Dah nak dekat2 due ni memang malas nak ke dapur...

Nasib baik la DH faham dan ringan tulang.

Al kisah balik kampung masa raya haji hari tu, we all stay a little bit longer. So masa my parents nak hantar balik ke KL, as usual mesti singgah kat Parit Lapis Laman.

 Image from this review about Kilang/Kedai Kerepek Parit Lapis Laman

Borong kerepek la apa lagi...

But this time around I borong sepeket each of Nazoha Perencah Mee Rebus dan Mee Bandung. DH orang Penang tapi gile Mee Bandung Johor style :P


Nak buat from scratch memang renyeh atau leceh kata orang. So far this one memang sedap...
Tapi biasala...cita2 hanya tinggal cita2 he he he...

Terperuk la rempah tu kat my storage...until I announce I nak rest this weekend and DH pulak malas nak masak nasi dan lauk bagai.

Knowing him, dia MEMANG suka experiment...sedap tak sedap belakang kira coz at my condition sekarang...tolak batu dengan kayu.

So dengan bersuka rianya dia ke kedai beli what he needed - mee kuning, udang, sawi (I think...)

Lepas dah siap dia announce - Mee Goreng Basah SATU siap!





Pergh...wonderful sungguh my hasben ni - dari Mee Rebus jadi Mee Goreng BASAH plak!

He he he tapi kalau A'aesyah makan pun sampai tak menoleh...GERENTI sedap kan? Blasah je la...



Bila Hamil : Berat Badan Naik Mendadak


Untuk posting hari ini, I nak bagi pendapat tentang kebanyakkan pregnant mothers complain yang berat badan mereka banyak naik atau selepas bersalin susah nak turunkan berat badan. Kenapa dan Mengapa.

Seringkali kita dengar ibu-ibu hamil bilang "makan untuk dua orang?" (istilah “eating for two”)

Since sejak I kena GDM ni dan dapat konsultasi dari pakar pemakanan, I dapat banyak ilmu baru sebenarnya yang mengubah corak pemakanan I dan kenaikan berat badan yang tidak banyak malah sekata dengan yang telah disarankan oleh doctor.

Ini bermaksud, bila pantang nanti, I tak perlu nak turunkan sampai berpuluh kilo dan I tahu corak pemakanan yang macamana yang I perlu untuk cepat turunkan berat badan.

Percaya atau tidak, berat badan I semasa 19minggu pregnant adalah 2kg lebih rendah dari semasa mengandungkan A’aesyah dan 10kg lebih rendah dari sebelum I mengandung????

Penurunan yang banyak pun ok, sebab dietician I kata berat badan I berlebihan dan agak tidak seimbang hence kena la kencing manis semasa mengandung.

So to me, selepas banyak berbincang dengan Pakar, ada benar dan ada yang tak benarnya dengan istilah tu.

Umumnya wanita mengandung hanya boleh naik beberapa kilo sahaja utk setiap bulan.

Makan untuk dua orang sering disalah ertikan oleh most pregnant mothers.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi berapa banyak kalori yang uols perlukan selama kehamilan.

Macam I kata tadi ungkapan "makan untuk dua orang" menyebabkan banyak kekeliruan bagi wanita hamil sehingga kebanyakkan dari kita, main makan sahaja apa kita nak sebab kita rasa kita “makan untuk dua orang". Bila terpaksa buat MGTT atau test yang lain sebab tiba-tiba berat naik 10kg dalam sebulan, mula cuak dan terfikir, mana salah saya...

Kata pakar saya, jumlah peningkatan kalori yang pregnant mothers perlukan adalah kira-kira 300cal kalori lebih banyak pada trimester kedua dan ketiga.
So..what about trimester pertama????

Sebenarnya tidak banyak peningkatan yang disarankan dalam kalori untuk trimester pertama. Dalam 100cal hingga 150cal sahaja.

Keperluan kalori untuk wanita dengan berat badan biasa adalah 2000cal

Macam I yang gibul-gibul (kata my mother, tu maksud dia MONTEL la - sebab family ada keturunan badan besar) pakar kata sepatutnya I makan 1600cal untuk berat badan ideal. So I cuma perlu 1900cal untuk pregnancy ni. Kalau lebih, I makan untuk buat spare tire je.

Percaya atau tidak, 300 kalori sebenarnya tidak banyak. Setara dengan 1 cawan yogurt dan 1 potongan kecil epal.

Perlu diingat bahawa faktor-faktor lain seperti tinggi uols, tahap aktiviti dan apakah uols lebih daripada atau di bawah berat badan ideal uols juga harus diambil kira dalam ketika mempertimbangkan kalori yang di perlukan selama kehamilan.

Misalnya, seseorang yang 5'4 "dan berat  115 pound dan yang berjalan satu jam pada hari namun memiliki pekerjaan menetap satu tempat je mungkin perlu mengambil 1800 kalori per hari. Jika orang ini menjadi hamil, bermula pada trimester kedua (minggu 14) , ia harus mengambil lebih banyak kalori 200-300 - 2000-2100 kalori per hari.

Sebenarnya tak salah kalau kita buka mulut dan berbincang dengan Doktor uols tentang peningkatan berat badan yang patut untuk kehamilan uol.

Setiap kehamilan keperluan unik dan jumlah kalori boleh berubah-ubah berdasarkan jumlah bayi yang uols bawa, pra-kehamilan BMI (indeks jisim tubuh) dan keadaan kesihatan yang lain-lain yang berkaitan.

Untuk seluruh kehamilan, guideline standard untuk kenaikan berat badan untuk wanita yang hamil dan membawa 1 bayi adalah:

* BMI kurang dari 18.5: Saranan Kenaikan Berat Badan: 28 hingga 40 pound (12.7kg hingga 18.2kg)
* BMI 18.5-24.9: Saranan Kenaikan Berat Badan: 25 hingga 35 pound (11.4kg hingga 15.9kg)
* BMI 25-29.9: Saranan Kenaikan Berat Badan: 15 hingga 25 pound (6.8kg hingga 11.4kg)
* BMI 30 atau lebih: Saranan Kenaikan Berat Badan: 11 hingga 20 pounds (5kg hingga 9.1kg)

Dengan tahunya target berat badan uols boleh membantu memantau kehamilan uols. Bila tak naik mendadak maka kuranglah risiko pada kondisi-kondisi yang merbahayakan kandungan.

Ingat ye, semua ni bukan hanya tentang berapa banyak kalori yang uol perlukan ianya juga tentang makanan apa yang di makan. Makan makanan yang sihat dan keseimbangan nutrisi sememangnya adalah lebih penting.

Why dont mommies semua try this calculator. Its really good sebab boleh jadi guidelines of berapa sepatutnya naik dalam sebulan :
Pregnancy Weight Gain Calculator
http://www.i-am-pregnant.com/encyclopedia/W/Weight-Gain/


Convert pounds to kilos - http://manuelsweb.com/kg_lbs.htm

Reference :
http://www.suite101.com/content/eating-for-two-a6619
http://www.mayoclinic.com/health/pregnancy-weight-gain/PR00111/NSECTIONGROUP=2
http://www.parents.com/pregnancy/my-body/weight-gain/controlling-weight-during-pregnancy/?page=2


Monday, December 13, 2010

Maternity Pad vs Normal Pad : Prego Moms what say YOU?

Hari tu Snowy Bear Isabelle buat posting about - banyaknya iklan pad :D

Sure..memang banyak iklan pad. Semua menjanjikan macam-macam he he he.

Tapi for maternity...ada lagi ke yang MASIH prefer the LOOP??

I still think kalau loop ni, pad yang contraption nya tak tercapai akal dan fikiran :P

Tapi sekarang maternity pad pun ada pelekat punya kan (adhesive backing)?


image from here

So hari tu, semasa scouting for this particular "stuff" for my hospital bag, I came across this one...


woo see the sticker "Senang Dicuci?"

I think ada macam-macam pendapat tentang kena cuci ke tak...but then personally I think "Islam sukakan kebersihan" - I quote from this forum, macamana this girl explain to her chinese (female) boss bila dia tanya..

Saya juga ada perkongsian...Dulu masa kerja bos cina selalu tanya ttg Islam...
Saya senaraikan yg di soal, dan yg saya jawab....Saya tak tau nak jawab tp saya cuba juga masa tu. bukan apa, takut jawapan sya tu salah...

1- Kenapa pad (tuala wanita) kena cuci dulu?..kan kotor tangan nk kena pegang darah?...Kenapa tak balut pakai paper, then buang?

saya jawab - Islam sukakan kebersihan. Cuba u bayangkan, kalau u tak basuh, then u balut guna paper, dan buang. Suddenly, anjing datang bawa pad u sampai ke tepi restoran. Org nk makan, ternampak ada darah kt pad, kalau u yang nampak, u geli tak nak makan?

Jawapan lain yg saya bg....U buang pad dalam tong depan rumah. Anjung, kucing keluarkan pastu ada org dtg rumah u...then dia nmpk pad berdarah di tong sampah rumah U...Mesti dia tau itu u yg punya. U tak malu?

Hehehe...Bila saya bg contoh ni, dia setuju kena basuh dulu..Dan dia pun geli bila bayangkan kalau betul2 terjadi

 
Logical jugaklah jawapan budak ni...

Kalau uols yang pregnant, beli maternity pad ke atau beli yang normal...would you buy SENANG DICUCI??? 
 

Mothers with GDM Malaysia - Apakah yang bersamaan dengan satu porsi (portion) karbohidrat?

Pamplet ini saya dapat semasa mengikuti khidmat nasihat pakar pemakanan. 
Ianya banyak membantu saya dalam pemilihan pemakanan agar gula dalam darah tidak tinggi.

Click on Image to Enlarge



********************************************************


 Untuk Maklumat serta Sokongan berkenaan kehamilan dan gejala Gestasi Diabetes Melitus (GDM):



 ********************************************************
Ruangan ini diadakan hanya untuk informasi umum. Penulis tidak bertanggung jawab untuk apa-apa perubahan, kesalahan atau kelalaian dan langsung atau tidak langsung kerosakan atau kerugian apapun yang diderita secara langsung atau tidak langsung oleh setiap orang yang bergantung pada salah satu atau semua informasi, untuk tujuan apapun.

Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.

Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.

Filing Clerk tidak bergaji - preparing untuk Pendaftaran Kelahiran Bayi


Masa menyusun all the paperwork untuk bersedia bersalin ni, teringat satu gerobok warna hijau kat rumah lama my parents di Ipoh.

I call that gerobok. "the filing cabinet" sebab semua ada, sijil berhenti sekolah my parents, mine and my brothers, surat beranak etc.

My father kept all those document neatly in folders. I must have inherited that skill from him :P

Thing is, DH selalu tanya where I keep them if he needs them? So I guess that makes me the Filing Clerk yang tak bergaji :P

But dont we all have one person in our household who does this for the whole family?

For instance, I have one file yang mana I keep all 4 of us punya important documents and a few other stuff

Our surat beranak


The girls medical books or records (immunisation etc)


Unifi subscription Form (untuk income tax near year)



Even the number I ambik masa pergi pejabat LHDN a few years back untuk dapat consultation cara pengiraan borang BE tu :P

 berapa lama punya tahun dulu daaa

And on the subject of important documents, a lot of us pregnant mothers tak realize how important to prepare some of  the important documents you will need masa nak bersalin dan masa dah bersalin nanti...

...biasalah, mana ada energy nak mengeledah carik semua ni after delivery sok, nak FIKIR pun tak larat kan apatah lagi nak tanya Cik Abang kita yang tak pernah buat filing ni semua sebelum ni :P

So for me, I dah siapkan sekali folder untuk isi semua documents tu...even letak PEN sekali senang tak yah gaduh2 nak carik PEN besok nak isi apa2


Since I bersalin kat PPUM, I'll just bring the booking receipt just in case la diaorang tanya...


It's a RM500 booking fees made in two installments - yes, you can get away with a lot of things if you "rajin bukak mulut" :P

Kalau nak bersalin di PPUM lah...

At least we got our financials covered tanpa botak kepala bila dah nak dekat due - both installments paid and done with. From what I ask the cashier hari tu, Khamis ni bila I masuk wad, I don't have to bring any more deposit walaupun LCCS (Cesarean)

Good that we got that covered...tinggal tunggu damage kt poket DH :P

Fair and square la kan he he he

Oh, the discharge summary for my GDM just in case...



and another for my DDD (I had something like slipdisc that developed into Degenerative Disc Disease, so I had a major op kat my L5, its also the place near where they will cucuk the epidural) - sebab masa last pregnancy the doktor tanya. Kut la nanti kena tanya lagi, tak yah susah2 nak jawab


So in other words, both papers will do the taking if the doktors need to refer anything...ni la pengalaman orang selalu warded kat Spital kan???? Or is it coz am always that paranoid person who hates to be unprepared :P

Of course...mana boleh tinggal this VALUEABLE appointment card.


See the date? Gee :))) 16 Nov masuk wad & 17 Nov LCCS...



Why VALUEABLE?


Tak sure since bila procedure ni berkuat kuasa but I remember la nurse kat tempat I bersalin A'aesyah bagitau, untuk elakkan kes penipuan disebabkan meningkatnya kes kecurian bayi atau dagangan bayi, they need the bukti pemeriksaan kehamilan.

I guess in my kes, buku pink yang memula buat masa 9 weeks tu dengan kad antenatal biru ni la dari PPUM.

Oh ada lagi macam you tengok kat my nice little folder tu...everything dah lengkap dan sedia cuma perlu nanti I masukkan
  • Surat Pengesahan Kelahiran dari hospital/ klinik
  • DH and I punya IC
Usually apa yang ada dalam folder I ni ikut apa yang JPN kata :

PENDAFTARAN BIASA

Apakah syarat untuk saya mendaftar kelahiran biasa?

Anda perlu mendaftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan kanak-kanak tersebut dilahirkan di Malaysia. Anda juga perlu mengisi Borang JPN.LM01 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan (asal dan salinan).

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendaftar kelahiran (daftar biasa kelahiran )?

Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) iaitu:

   1. Kad Pengenalan/ Dokumen Pengenalan diri Ibu dan Bapa kandung
   2. Dokumen bukti kelahiran
          * a) Kad/Buku Pemeriksaan Ibu
          * b) Surat Pengesahan Kelahiran dari hospital/ klinik
   3. Sijil Perkahwinan/ Surat Nikah Ibubapa yang sah
   4. Kad Pengenalan/ Dokumen Pengenalan diri pemaklum (jika pemaklum bukan ibu atau bapa kandung)

Berapakah bayaran yang perlu dilakukan? Bayaran permohonan adalah percuma.

sumber : JPN


Well everything is packed in that folder and placed in a plastic bag (petua my mom coz I got some important documents drenched dengan air masak - nasib baik air masak - one time masa keluar dengan dia, so she told me to do this everytime I bring along important documents)

...prego mommies, hope it helps, dah sedia all your important documents?


Sunday, December 12, 2010

Nak ada anak pun kadang-kadang its an open text book

Since I dah nak dekat deliver ni, I guess I akan membebel je pasal getting ready for the new baby.

Dah nak masuk 3 orang anak pun I sendiri rasa masih banyak benda yang belum complete :)

So...apa kita buat bila kita rasa incomplete?

READ!

This is one habit I susah nak kawal :P

It''s the only habit my mother SANGAT SUKA DAN GALAKKAN. If I told her, "Ma...I habiskan RM500 kat MPH warehouse sale semalam.." She will say "itu cuma harga 2 buah buku from the Reader's Digest Catalog from the 10 your Abah order this year...and I dont get TAX REBATE ye"

:))) I love my Ma when it comes to this...

Did you know that my Ma simpankan my first pregnancy book yang I beli untuk my daughter yang dah 11 tahun sekarang????


Dr Miriam Stoppard memang my mother's idol. She has written baby books since I was born! Hebat tak?

This other book was given as a present from my mother.


I still have the date writen on it...like all books yang I terima sebagai gifts.


I rasa dalam banyak-banyak buku, this is my favourite sebab ada macam-macam list of things yang you perlu for the new baby.

Kadang-kadang dah nak masuk 3rd baby pun I LUPA nak beli...so I rujuk balik just so I akan pastikan I have every "peralatan superforce"







Yang ni majalah favourite I - from UK. New Issue harga boleh tahan RM19.90. Kalau back dated issue murah (I beli from this vendor dekat BB Plaza). Tapi kalau nak invest worth it sebab ada 10% untuk 6 issues you all order(trust me, sampai sekarang I dok baca ulang-ulang magazine ni sampai hancur lunyai mengalahkan pembungkus kacang putih, tapi I masih simpan gak :P)


And from this mag I know about the best brand nominated kat UK (mak-mak yang vote tau) like Tommee Tippee bottle tu...





Jangan sampai terpengaruh sangat membeli sudah he he he maklumlah barangan import kan MAHAL!

For info here - Allscript Magazines

Ada yang Australian nye edition tapi tu Price: RM22.90 (tatau pasai pa lagi mahal)

These two books sebagai sampingan.


The Expenctant Father tu memang di tulis oleh seorang ayah-to-be so agak kelakar jugak la isi dia. I gave that book to DH as a present, tapi end I yang syok baca :P

The other book tu, Petua Melahirkan dan Panduan Mendidik Zuriat Cemerlang. Yang ini more kepada Islam. Ye...sometimes dalam arus kemodenan perlu ada keseimbangan antara ilmu dan agama. I beli sebab ada panduan untuk Tasmiyah, Aqiqah dan Berkhantan.

Orang kita jarang buat Tasmiyah tu kan? (Hari menamakan baby). Permulaan majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran surah Al-Imran ayat 35 hingga 37 dan then ada kenduri sikit. Tapi ini pun tak wajib sebenarnya kalau menyusahkan.

Personally I just buat Majlis Cukur Jambul. Maybe tahun ni, I nak suruh la my father suruh jemaah dia baca ayat tu sebelum Marhaban.



Buku yang ini I beli semasa mengandung Syasya. This book is very good kalau kita nak faham kaedah pantang orang melayu, apa boleh kita makan (akar2 kayu) dan sebagainya. Even cara nak buat Air Selusuh pun ada.


This last book I beli masa Payless Book fair kat bangunan tempat kerja I. Cuma RM6 percaya tak, tapi inilah penyelamat I masa A'aesyah demam around usia 20hari..yela time tu baby mana boleh makan ubat demam! Dia ajar cara nak tuam baby dengan betul untuk turunkan suhu.

Wow..what a lifesaver.

SO...mommies and daddies :))) ~ I rasa its good to have these books/magazine at home sampai bila-bila pun.

Take care!

Membesar didepan mata...

Kadang-kadang I rasa I kurang sedar anak-anak I dah membesar dengan begitu cepat didepan mata walaupun I sebenarnya SAHM (Stay At Home Mom)


Terutama sekali Aaesyah Marissa. Kadang-kadang bila dia jawab soalan I dengan full sentence, I jadi terkedu sekejap...


Maybe I just want her to stay cute as a doll forever...


Photos from our Silly Sunday minggu lepas...bila I email to my parents...alahai, even my parents pun kata - cepatnya A'aesyah membesar.





I better cherish these photos...sebab I never know when A'aesyah akan change...macam Aliya. Susah nak tangkap gambar dia sekarang (dia camera shy) tak macam dulu-dulu.


Alim sungguh anak sulong I tu...tapi baguslah sebagai role model pada adiknya...sebab sekarang bila A'aesyah tengok I pakai tudung, dia pun sibuk - ni dari habit kakak dia la :) Alhamdulillah...

Apapun, I love all my girls the same ;)