Tuesday, October 26, 2010

Panduan Bergambar Cara Membuat Bihun Goreng (Resipi Bihun Goreng)


Comfort food dan breakfast paling "safe" setakat ini he he he
Gula tak naik sangat.

Ini boleh dikatakan "staple food" dalam household saya. Mungkin juga sebab sebelah saya, family kalau kenduri mesti ada bihun ~ untuk nasi ambeng. Tapi bihun goreng yang itu memang simple sangat.

Bihun yang ini cukup semuanya ~ protein, carbo, vitamin. Itu yang penting kan kalau masak untuk keluarga?

And for GDM mothers macam saya yang terpaksa watch out kandungan carbo, bihun setakat ni the safest utk saya (tapi makan berpada2 jugak la kan)

Mungkin bila kurang minyak dan banyak rencah jadi cepat kenyang. YE ~ ultimatum yang paling penting utk ibu mengandung macam saya ~ KENYANG ha ha ha

Bihun saya jarang ada taugeh, sebab nak tahan lama dan saya suka hidangkan dengan tauhu goreng, timun, tomato, telur dadar, bawang goreng, daun sup dan sedikit cili. Mak saya selalu pesan "masak mesti dari mata turun ke perut" he he he

BAHAN-BAHAN

 BAHAN UTK MENUMIS
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 sudu udang kering
Sedikit udang
Sedikit sotong
2 sudu besar cili kisar
Tiada dalam gambar ~ (sedikit sos tomato)
Gambar seterusnya ~ 3 sudu taucu

Saya guna taucu ni :)

BAHAN-BAHAN YG LAINNYA
1 paket bihun


Sawi ~ bila potong asingkan daun dan batang


Bihun direndam dengan air biasa (jgn guna air panas) Kalau nak makan pagi, rendam malam sebelum tidor, kalau nak makan tengahari, rendam masa bangun tidur. Lepas rendam, toskan.

 Haa begini tektur dia yang elok utk mengoreng.

CARA-CARA MEMASAK
Tumiskan bahan2 tumis termasuk taucu dan sos tomato. Lebih elok kalau mulakan dengan cili kisar dahulu ~ dah cili masak baru masuk yang lain2. Tektur dia berkuah sikit macam dalam gambar ni. Tambah la 1/2 cawan air kalau nak (sikit2 jangan terus masukkan). Kemudian masukkan batang sawi dan kacau.

Agak batang sawi dah masak, masukkan sawi pulak dan kacau.

Sawi dah layu sikit, masukkan bihun. 

 Kalau bihun panjang berjela, dipotong2 dengan sudip tu. 

Kacau sampai dia sebati macam dalam gambar diatas. Api kena kontrol ~ perlahan sikit, kalau tak nanti hangus.

Dah siap, boleh la hidangkan dan hiaskan ikut suka. My family suka makan dengan "hiasan-hiasan meriah" macam ni he he he.

OK SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, October 10, 2010

Malang itu tidak berbau...Kemalangan Maut Bas Ekpress Delima dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur

Tiap kali ada berita macam ini, mesti teringat macam-macam.
  • Teringat kat life sebagai "stewardess" bas sebelum jumpa DH dulu
  • Teringat yang tak teringat pun nyawa kami semua "steward" "stewardess" dan "pilot-pilot" semua senantiasa dalam bahaya. Tahunya seronok bawak dan serve passenger pergi KUL-SG-KUL
  • Teringat...mungkin takdir Allah swt sudah tentukan jumpa sahaja DH, kawin, terus cari kerja lain yang lebih sesuai.
  • Dan yang paling sedih....teringat kat Arwah Siti ~ one of the stewardess for executive coach dari KUL-SG yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan coachnya dan sebuah lorry. 
  • Teringat SMS dari manager kata Siti eksiden (masa tu kita turun trip)
  • Waktu maghrib dan "pilot" coach kerling sekejap je tengok kat dia (single deck ~ dia seated kat tangga). Dalam beberapa saat itu, coach menghentam belakang lorry dan dashboard coach terperesuk ke dalam arwah.
  • Teringat juga....selang beberapa hari sebelum tu arwah bagitau, dia happy dapat position untuk MAS.
Al-fatihah buat mereka yang telah pergi...



REMBAU, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Sumber dari Bernama




"apa yang dimaklumkan pemandu myvi mati ditempat kejadian akibat tersepit"


Gambar dari MSTAR

Lagi berita dan gambar terkini dari ON-D-SCENE