Monday, September 28, 2009

Post Raya

...ke posting about raya? :D
I would like to start my raya posting about post-raya :P
so anti-climak kan? LOL

At this moment rasanya terlalu banyak butter dan marjerin dalam system I nak puke every 10 seconds. Nak kata preggy mana bule, I tengah ABC sekarang (Allah Bagi Cuti)

Maybe my body is still in "living out of our suitcase" punya mode so kepala rasa heavy, badan berjalan pun rasa macam nak melayang...and insya-allah Friday ni balik rumah my parents AGAIN with my brother and I haven't even unpacked yet you know!

I think yang seronok sekarang ni adalah Syasya sahaja. This morning she threw a 100 decibel tantrum wail because of 10 days of freedom from the play pen. She threw a 100 decibel last night from Gunung Sméagol(DH says this - go figure) so plus this morning rasanya mak dia ni da ada serious hearing damage sebab sometimes I can muffled out her wailings :P

...ok too much writing..I feel like puking now..later dudes/dudettes :P





Wednesday, September 23, 2009

Salam Penuh Lembaran Dari Kami Sekeluarga




Buat semua pembaca blog kami yang tersayang, masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin - Izardy Amiruddin, Farah Maizura, Aliya Maisarah, A'aesyah Marissa

Sunday, September 13, 2009

Makan FV Tido FV

Ini permainan sangat menggilakan!! Semua rakan sudah terjebak *doink



kenapa saya kepung diri saya????

find out here - Tips dan Panduan Applikasi Facebook - Farmville

dan kalau nak add la I sebagai jiran (hu hu MOTIF!!)


Friday, September 04, 2009

Ya Allah...Murahkan Lagi Rezekinya

Hari ini memang hari yang penuh rahmat.

Kami berbuka Nasi Minyak Orang Kawin...macam kat Johor.



My husband's big big bos belanja semua makan. Selalunya dia akan buat Majlis Berbuka di rumahnya but since H1N1 ni dia kata terpaksalah cari alternative lain.

I kalau ada acara makan2 diajurkan oleh the big bos memang tak tolak. Sebabnya dia berasal dari Muar and most of the food citarasa Johor.

Hari ini kami berbuka dengan lauk :



Daging & Telur Pindang Masak Hitam



Acar



Dalca



Ayam Masak Merah

Kadang-kadang teringat juga macamana mulut ni kadang2 mengomel kecil, kalau ada yang tak kena - macam bulan ni bulan puasa tapi hubby 20% je duduk kat rumah, sampai dia dah naik muak naik kapalterbang. Tapi I tak muak dapat Ferrero Rocher

So hari ini ada rasa keinsafan sikit. Rezeki yang murah kadang-kadang sudah dijadualkan untuk kita jadi kita kenalah bersabar.

Semoga Allah Murahkan Lagi Rezeki Datuk Mahfuz & HZN Associates Amin :)

Wednesday, September 02, 2009

Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 8

Salam Siaran.

Maaf diatas kelewatan posting ini. Maklumlah Bulan Ramadhan tiba dan kebetulan ayahanda serta bonda berkunjung menziarahi kami di bandar membuatkan saya sangat sibuk sekali :)

Kaedah menebuk leher bukanlah sesuatu yang saya rasa dibuat dengan remeh-temeh. Sudah tebuk kalau salah, parah akibatnya. Saya juga rasa cara saya ini bukanlah yang terbaik, tetapi di ajar secara turun temurun, dari nenek ke ibu saya dan dari ibu ke saya. Alhamdulillah tidak pernah silap setakat ini.

Petua lama mengatakan saiz leher itu boleh diukur dengan 3 jari.



Tapi bagi kanak-kanak kecil mungkin perlu dikecilkan sedikit. Lebih elok jika mengukur diameter leher dari baju kurung contoh jika ada.

Berikut ialah cara saya memotong pola leher. Orang kata Action Speaks Louder Than Words ;)













Sebelum kita melukis pola dan menentukan kedudukan pola, hendaklah baju dilipat mengikut cara yang betul. Untuk menentukan kedudukan yang seimbang, baju dilipat dengan :
  1. Terbalikkan baju
  2. Masukkan lengan kanan ke dalam lengan kiri. Selepas dilipat akan kelihatan seperti di bawah







3. Pastikan jahitan pada lengan/kekek berada pada paras yang sama







Sebelum melukis pola, pastikan anda memberi ruang anggaran 1/2 inch pada hujung atas pola yang telah dilipat dua.











Selepas sebahagian Pola di lukis pada kain, anda hendaklah sematkan pin supaya kain tidak lari dan tarik kain ke depan sedikit.





Bolehlah sambung melukis bahagian Pola yang di tinggal 1/2 inch itu tadi.



Cara memotong adalah dengan memotong kain bahagian hadapan



Kain bahagian bawah jangan di usik







Hasil selepas digunting



Selepas itu bolehlah digunting bahagian tengah pula.








Untuk membuat lapik dada, kain perlu di lipat serong supaya senang direngang dan di jahit pada bulatan.



Letakkan kembali pola yang sama tadi



dan potong







Lipat lapik kepada dua (pastikan corak di atas) dan align dengan bahagian yang ditebuk tadi. Jahit keliling dengan jelujur dahulu sebelum cuba menjahit dengan mesin.